Semarakkan Cinta Dalam Rumahtangga…

April 10, 2012 Leave a comment

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kawan²…

Aku pasti tajuk yang aku bagi tu membuatkan sesetengah korang eager nak tahu apa isinya…huhu memang aku nak share kan pada semua apa yang aku dapat semasa mendengar ceramah daripada Dr Fadzilah Kamsah nih! (Motivator favorite aku nih)

Ok, sebenarnya…Aku rase bagi kita yang dah lama melayari bahtera rumahtangga mesti ada ketikanya kita (terutamanya perempuan) akan rase macam hambar jek rumahtangga kita tuh.  Seolah² cinta antara kita dan en. suami yang satu masa dulu mekar dan segar bugar dah layu tanpa kita sedari…Tiba² ajek, kite rase hati dah kosong…sunyi… Maybe jugak rase seolah dah jauh dari pasangan kita. Seolah “No More Sparks in Love“. Saat nilah, kalau dilayan perasaan tu Syaitan yang bernama DASIM akan masuk jarum! Ha… DIA (DASIM) akan timbulkan syak wasangka dalam hati dan fikiran kita supaya kita mula mencurigai pasangan. Perkara ni bukan sahaja berlaku pada wanita eh (walaupun selalunya wanita lah yg rasa mcm nih). Juga turut berlaku kepada LELAKI.

erm.. So.. Pernah x kowang rase mcm tuh? Haa…mungkin kowang xrase or mungkin belum rase lagi (sebab ye lah…rate2 kawan² aku nih baru jek kawen. Aku yang advance sket kot…ha ha ha) … Tapi, apepun untuk yang pernah mengalaminya (termasuk aku sendiri) jom kita amalkan apa yang Dr Fadzilah ajarkan. Mana laa tahu boleh Semarakkan semula Rasa Cinta antara kita dan pasangan… Bukan apa, kan pasangan itu lah yang kita harapkan untuk bersama dengan kita sehingga akhir hayat?

So, aku akan kongsikan tips² untuk Menyemarakkan Semula Cinta pada N3 akan datang. Stay Tuned!!! Harap diamalkan terutamanya kepada suamiku en. Rahman…

Assalamualaikum…

Kisah Dongeng

April 6, 2012 Leave a comment

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Categories: My MooD

Gintell

August 16, 2011 1 comment

Recently, aku ada beli barang daripada GINTELL. Alah, hajat hati nak kurus. Kih kih. Nak cantik laa kononnye di mata suami. So, here goes the story to what happens.

Masa aku g kedai GINTELL tuh, dia cakap aku bleh buat installment selama setahun sekiranya aku bayar menggunakan kad kredit Bank Islam. (ye laa, nak beli cash mane kite mampu kn?) So, aku n hubby setuju laa nak beli mende tuh secara installment setahun.

Tapi, nak dijadikan cerita…Staff GINTELL tu tersilap.Dia caj lump sum pada akaun kredit kad aku sedangkan aku nak buat installment! (Kalau installment tuh mampu laa aku bayar bulan2…One shot?ribu tuh beb…Aku mane bleh nak bayar pada bank ribu sekelip mate!)

So… Staf yang dah buat kesilapan tuh pun berjanji untuk bayar kepada Bank (jumlah ribu secara lump sum) dan aku akan bayar secara installment kepada dia… Asalkan aku tak cancel kan pembelian tuh! Oleh kerana percaya, aku setuju laa ngan cadangan budak GINTELL tuh!

So, kelmarin diorang anta barang tuh ke umah. Maybe hubby aku dah tuntut laa janji budak tuh! Tetibe bos dia call aku kate tak bleh buat mcm tuh. Pulak… Sampai bertengkar laa aku ngan bos dia tuh. Bengang gak aku!

So kepada staf GINTELL… KALAU TAK BOLEH, JANGAN BERJANJI!!! Sakit hati tau dak? So, betul laa kate orang… Kerana nila setitik abes susu sebelanga! So, aku nak cadangkan korang BOIKOT GINTELL!!!

Categories: Umum Tags: ,

Rest Ikan Bakar P Jeram vs Aroma Ikan Bakar

August 15, 2011 Leave a comment

Semalam (14/8/2011), aku join Majlis Berbuka Puasa bersama sahabat lama Lily, ngan hubbynyer Shamsul. Kami berbuke kat Restoran Ikan Bakar Jeram. Plan asalnye nak buke pose kat Aroma Ikan Bakar… Tapi, biase laa.. Call pagi2 pun dah fully booked! So, terpakse laa cari restoran lain.

Kami (aku, hubby n anak2) bertolak dari umah jam 5. Betul2 after Asar. Sampai kat sana dalam 630 petang. Boleh plak manager lupe nak reserved tempat! Dah laa aku dtg dr jauh. Kalo dekat xper ler jugak… Anyway, kitorang manage dpt tempat di suatu sudut yang sunyi. Kin kin xberapa nak sehat, jadiknye dia meragam jek. Asek nangis jek. Nak makan pun xleh, apatah lagi nak nyembang. So, berbuke tuh mmg juz berbuka. Xsempat nak sembang ngan lily… Siap gilir2 mkn ngan hubby aku. Yer laa… Nak entertain Kinah. Thanx to Lily and Shamsul yang belanje kitorang!

Anyway, yang aku nak cerita is about d food. Allah, diorang sajikan kitorang ngan Ikan Bakar busuk. At first, aku ingat juz hanyir, so aku makan laa jugak. Tapi makin lama makin kuat baunyer… Masa tu hubby aku xmakan lagi. Bile dia rase jek… Dia terus letak semula. Kalo ayam…Kite akan kate dah kene kuman ‘Salmonella“. Mcm tuh jugak laa ikan tuh. Tertanya jugak aku, mcm mana laa mereka leh saji orang yang berbuke dgn makanan x elok mcm tuh! Tapi hubby sedap hati aku, “mungkin diorang xperasan yang”.

Tapi bagi aku, supposely the cook itself bleh kenal bahan elok dgn x… Sbbnye bkn baru sehari dua dia memasak(xtau laa kalau mmg baru hr tu dia memasak!) Erm.. yang lain, kitorang order siakap 3 rase, sotong goreng tepung n udang masal cili (yg lgsg xsampai, tp masuk bill). So, aku compare kan dengan Aroma Ikan Bakar… Mmg diorang xleh lawan Aroma Ikan Bakar! Masakan aroma mmg sgt sedap! Plus, dia sajikan yg mmg fresh! So, next time (jadik lesson pd aku).. Jgn cari substitute walaupun tgh desperate. Haha

So, aku suggest kt kawan2… Try laa mkn kat AIB. Mmg best!!!! (Promosi tanpa bayaran)

Auditor vs Auditee

August 2, 2011 Leave a comment

Baru jek minggu lepas gi Kursus Audit…3 hari kuar umah tinggalkan hubby n anak2…Today, aku n team audit gerak ke Melaka plak. Kali nih bukan untuk kursus, tapi untuk mengaudit ibu pejabat negeri. Esok ke Nogori Sembilan plak dah. So, kali nih outstation 3 hari jugak. Hajat nak mintak cuti, tapi for sure laa MY BOSS tak kasik cuti. Ha Ha Ha… Dah ler cuti untuk raya dibekukan. 2 minggu sebelum n 2 minggu selepas. Stress betul.

Mujur laa En. Rahman seorang yang memahami.. Dia dapat terima laa tahun nih xleh balik beraya lame2 kat kampung.betul2 balik pagi raya n balik semula 2 days after. Tu pun sebab MERDEKA! Kalau tak…memang xbalik langsung laa kitorang. Ye la, 2 hari jek..Langsung xberbaloi nak balik kampung.. Belum kira jam lagi! Tol x?

So, kepada pihak Kerajaan yang kononnya menggalakkan dan menyokong institusi kekeluargaan… Jangan laa benarkan pembekuan cuti terutama pada musim perayaan. Kami nih, bukan musim perayaan pun sibuk dengan khidmat kepada Kerajaan… Cuti perayaan laa nak berehat n mengeratkan silaturrahim. Tapi, kalau cuti perayaan pun xleh nak amek… Nampaknya, mmg xdpt ler nak ngeratkan silaturrahim. Patut laa banyak puak kat Malaysia nih!

So, aku harapkan suara hatiku ini didengar oleh pihak Bertanggungjawab!

Berbalik kepada citer aku tentang auditor vs auditee… Alhamdulillah, 1st day di Melaka sokongan penuh daripada auditee. Terima kasih kepada Tn Hj Zainuddin, Pengarah Negeri Melaka, En Zaki dan auditee yang lain kerana membantu dan memudahkan kerja kami. So, harapnye perjalanan kami esok ke Negeri Sembilan dipermudahkan. Amin…

Harapnye, lain kali dapat bawak famili plak bercuti mcm nih. Sian hubby tertekan dengan keje n anak2…. Apapun, terima kasih bee, kerana bagi sokongan kat ney… Luv you so much!

Categories: Umum Tags: , ,